Sabtu lepas satu keluarga dari Johor Bharu datang menginap di Tuah Homestay. Tujuan asal nak menghantar anak yang baru sahaja mendaftar masuk ke UiTM Lendu. Puan Ani, yang berurusan dengan kami pada mulanya hanya "booking" untuk satu malam je. Masuk Sabtu, dan keluar pada hari Ahad. Tup tup pagi Ahad dapat wassap dari beliau, kata nak sambung lagi 1 malam. Alhamdulillah..
Isnin masa pulang kunci, awal-awal dia dah bagitau, nanti kalau datang lagi,dia memang nak duduk lagi homestay kami sebab selesa sangat katanyaa.. Alhamdulillah..memang gembira rasa hati bila pelanggan rasa puas hati dan selesa dengan perkhidmatan kami. Ya la, dah menempuh perjalanan jauh, mesti nak dapatkan rehat secukupnya kan.
Satu yang agak ralat, lupa pulak nak ajak Pn Ani bergambar sama tadi. Tapi tak mengapalah. Untuk Pn Ani, lepas ni kalau datang menginap di Tuah Homestay lagi, kami bagi diskaun sebagai tanda penghargaan pada puan.
Terima kasih sekali lagi! :)
